Partime Job

Friday, 9 March 2012

Peguam didenda RM3,000 halang polis jalan tugas

PETALING JAYA - Seorang peguam didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam, kerana dengan sengaja menghalang seorang pegawai polis daripada menjalankan tugasnya, tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman denda ke atas M P Sukathan, 41, selepas dia mengaku bersalah menghalang Cif Inspektor Nasir Ismail, 33, menjalankan tugasnya di Online Pub & Restaurant, No 32, Jalan SS20/10, Damansara, jam 2 pagi pada 7 Ogos 2011.

Pemilik restoran itu, B Colin, 47, juga dihadapkan atas tuduhan sama. Dia tidak mengaku bersalah.

Ahmad Solihin membenarkan Colin diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April bagi sebutan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi menjalankan pendakwaan, manakala Sukathan diwakili Datuk Sureth Singh. Colin tidak mempunyai peguam. - Bernama

No comments: