Friday, 9 March 2012
PDRM sediakan rumah sementara
KUALA LUMPUR - Lapan keluarga termasuk keluarga mangsa, Raja Muhamad Irfan Raja Hazlan,13, yg maut tertimbus dalam runtuhan tanah di perumahan kakitangan awam Jalan Belfield malam kelmarin, ditempatkan di Kuarters Pusat Latihan Polis (Pulapol) berikutan lokasi kejadian ditutup sekurang-kurangnya dua hari untuk siasatan.
Lapan keluarga yang terlibat dalam insiden itu terdiri daripada kakitangan awam kerajaan termasuk ibu bapa mangsa iaitu Ketua Kerani Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Rohayu Che Yusoff dan Pembantu Tadbir di Bukit Aman, Raja Hazlan Raja Hussin.
Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar berkata, sebanyak lapan unit rumah di Pulapol disediakan sebagai kemudahan sementara kepada semua keluarga terbabit.
Beliau berkata, pemindahan semua keluarga itu dilakukan serta-merta kerana kawasan lokasi kejadian sangat berisiko diduduki.
Katanya, beliau tidak mahu kejadian berulang kerana dua tahun lalu, pernah berlaku kejadian sama, namun tidak menyebabkan kematian.
Menurutnya, pengangkutan disediakan pihaknya bagi memudahkan proses berpindah dilakukan termasuk memunggah barang-barang dari rumah lama mereka.
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment