Tuesday 20 March 2012
Pasar kotor sejak 10 tahun lalu
PASIR MAS – Kebersihan Pasar Mundok masih di tahap rendah, malah boleh dikategorikan sebagai kotor, sejak mula beroperasi 10 tahun lalu.
Kesalahan ini tidak boleh diletakkan di bahu peniaga semata-mata, tetapi semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan ke tahap yang membanggakan.
Peniaga, Jamaludin Abdul Rahman, 54, berkata, keadaan ini berlaku apabila peniaga tidak mendapat kemudahan air bersih, bagi mencuci kedai setiap kali selesai berniaga.
“Peniagaan ikanlah yang paling memerlukan bekalan air, kerana ikan banyak menyumbang kepada pencemaran bau.
“Jika kami tidak cuci tapak niaga, ia menyebabkan bau busuk, malah menarik perhatian serangga seperti lalat, lipas, tikus dan banyak lagi,” katanya, semalam.
Menurutnya, longkang juga tidak diselenggarakan dengan betul, sehingga menyebabkan berlakunya longkang tersumbat.
Jamaludin berkata, peniaga sudah pun memohon bekalan air bersih daripada pihak berkenaan, iaitu sejak mula menjalankan perniagaan di sini, 10 tahun lalu.
Namun, sehingga kini katanya, masalah ini tidak dapat diselesaikan, malah menghimpit peniaga kecil-kecilan sepertinya.
“Meskipun terdapat ura-ura kami perlu berpindah, ke tapak baru di Lubok Jong, namun kami yakin, ia akan memakan masa sehingga beberapa tahun.
“Kami berharap, permohonan kami untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih dapat disediakan, memandangkan masalah ini berlanjutan sehingga 10 tahun,” katanya.
sumber : sinarharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment