Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 28 March 2012

Padah ‘nomad’ picit badan

PETALING JAYA: Rutin seorang ahli perniagaan mengunjungi rumah urut berlainan setiap minggu mengundang padah apabila dia ditahan selepas satu pusat penjagaan kesihatan menawarkan rawatan refleksologi yang dikunjunginya di Jalan SS2/63, Kelana Jaya, di sini, diserbu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, malam kelmarin.

Ahli perniagaan berusia 39 tahun itu mendakwa sering mengalami kelesuan kerana sibuk bekerja menyebabkannya mendapatkan perkhidmatan urutan badan untuk mengembalikan kesegaran tubuh.


Menurutnya, dia mengunjungi rumah urut berlainan setiap minggu kerana inginkan perkhidmatan tukang urut berbeza berikutan setiap premis menawarkan keistimewaan masing-masing.

“Ini kali pertama saya cuba mendapatkan perkhidmatan urutan badan di pusat kesihatan ini dan tidak menyangka ia diserbu kerana menjalankan operasi tanpa lesen serta tukang urut tidak bertauliah.


“Walaupun saya ditawarkan perkhidmatan urutan ‘tambahan’ pada harga serendah RM50, namun saya menolaknya kerana hanya mahu urutan badan,” katanya ketika ditemui.


Sementara itu, Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Cif Inspektor Wiryanty Abdul Wahid berkata, dua pusat refleksologi diserbu kerana menawarkan khidmat urutan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan dengan mengenakan bayaran RM135 untuk sekali perkhidmatan.


Menurutnya, premis itu mengaburi polis dengan meletakkan papan tanda kononnya menawarkan rawatan refleksologi dan urutan kaki.


“Siasatan mendapati kedua-dua premis terbabit beroperasi secara haram sejak lebih setahun lalu, malah satu daripadanya diserbu bulan lalu, tetapi pengusahanya tidak serik dan membuka semula perniagaan.

“Serbuan jam 10.30 malam itu menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam dipercayai tukang urut ketika menunggu pelanggan, manakala tiga penjaga premis termasuk dua lelaki warga tempatan ditahan,” katanya.


sumber : mymetro

No comments: