SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan 11 siri penanaman pokok bersempena program ‘Shah Alam Trees For Life’ dan menjemput syarikat korporat dan swasta untuk menyertainya.
Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program berkenaan dijalankan sepanjang tahun ini dengan harapan dapat mendidik dan mendedahkan generasi muda mengenai kepentingan memulihara alam sekitar.
“Penting untuk kami mengajar generasi muda sekarang supaya bertanggungjawab terhadap persekitaran tempat tinggal dengan mengekalkan elemen kehijauan dan flora yang menarik.
“Melaluinya, ia bukan saja dapat menceriakan suasana, malah mewujudkan suasana kehijauan di samping pokok menjadi ejen utama menambah bekalan oksigen kepada manusia,” katanya di sini.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment