Partime Job

Thursday 22 March 2012

Nenek usia 115 dapat bantuan


SELISING - Menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini, adalah satu perkara yang begitu cukup bermakna kepada mereka yang memerlukan.

Itulah yang mungkin dapat digambarkan kepada seorang warga emas berusia 115 tahun, Che Sapiah Ismail dari Kampung Bukit Tanah, di sini apabila terpilih menerima bantuan tersebut bermula bulan­ ini.

Keperitan warga emas berkenaan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan anak angkatnya, Mohd Noor Che Hassan, 60, sedikit sebanyak meringankan beban hidupnya.

“Mak cik berterima kasih kepada JKM kerana sudi membantu dalam keadaan mak cik yang sudah tidak mampu untuk bekerja, dan hanya bergantung kepada anak angkat sahaja,” katanya.

Lebih mengharukan warga emas berkenaan menerima kunjungan daripada Penolong Pegawai JKM Pasir Puteh, Zulkefli Ali yang datang menyerahkan bantuan bulanan tersebut.

Che Sapiah yang juga bekas bidan kampung itu masih sihat walaupun usianya sudah mencapai satu abad.

Anak angkatnya, Mohd Noor berkata, Che Sapiah hanya mengalami rabun penglihatan sahaja dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Sementara itu, Zulkefli berkata, bantuan bulanan itu diberikan, untuk membantu warga emas menguruskan kehidupan mereka terutama kepada yang tidak berkemampuan.

“Dengan wang itu mereka boleh gunakan untuk membeli ubat atau mendapatkan makanan yang berkhasiat,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: