Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

Mesir cadang tubuh suruhanjaya urus haji

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir mengambil langkah untuk mentadbir hal ehwal umrah dan haji di bawah satu pengurusan bagi melancarkan operasi haji di negara itu.

“Cadangan suruhanjaya bebas itu akan menyelesaikan kesukaran urusan berkaitan dengan ibadat itu,” kata satu sumber yang mempunyai kaitan dengan hal ehwal haji kepada media. Kementerian Dalam Negeri negara itu menguruskan hal ehwal haji hingga kini. Mufti besar Mesir, Ali Juma yang bakal mengetuai organisasi Suruhanjaya Awam untuk haji dan umrah dicadangkan itu mengadakan pertemuan dengan semua jabatan berkait rapat dengan ibadat itu, baru-baru ini. Dalam pertemuan itu, mereka memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa bagi mendraf undang-undang suruhanjaya berkenaan dalam tempoh 15 hari, kata sumber itu. Salinan draf akan diserahkan kepada Kabinet dan Perhimpunan Agung untuk kelulusan dan pelaksanaannya.

sumber : mymetro

No comments: