Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

500,000 menganggur di Saudi

JEDDAH: Terdapat lapan juta pekerja asing di Arab Saudi yang menghantar pulang kira-kira 100 bilion riyal (RM82.2 bilion) dalam setahun, manakala pengangguran di kalangan rakyat tempatan di negara itu mencatat 10.5 peratus, kata Menteri Buruh, Adel Fakeih. Dia berkata, jumlah itu sama dengan 500,000 rakyat tempatan yang mencari pekerjaan.

“Terdapat nisbah sembilan pekerja asing yang bekerja bagi setiap individu rakyat tempatan yang menganggur,” katanya dalam satu pertemuan bersama kumpulan ahli perniagaan, pedagang dan wakil sektor swasta di Dewan Industri dan Perdagangan Jeddah (JCCI). Pertemuan itu dianjurkan di dewan berkenaan oleh Kerusi Saudagar yang diwujudkan lama dahulu oleh pedagang Jeddah sebagai forum untuk mengumpulkan mereka bagi membincangkan isu bersama. Dalam pertemuan yang berakhir selama tiga jam itu, Adel bercakap panjang lebar mengenai isu pekerjaan membabitkan rakyat tempatan, pengangguran dan pengambilan tenaga kerja asing.


“Peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan meningkat sejak tiga bulan lalu hasil inisiatif dan program dilaksana kementerian termasuk Nitaqat dan Hafiz,” katanya. - AN

No comments: