Partime Job

Friday 30 March 2012

Menu MR1M kini di Carrefour

Carrefour Malaysia menerusi 26 cawangan pasar raya besar Carrefour seluruh negara akan menjual Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), sekali gus muncul sebagai pasar raya pertama menyertai program itu.

Menu itu ditawarkan serendah RM1.99 bagi sarapan pagi dan RM3.99 untuk tengah hari.

Pengarah Urusan serantau kawasan tengah Carrefour Malaysia, Misnadi Mat Piah, berkata, program itu adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat Carrefour kepada masyarakat.

“Kami berharap dengan pengenalan MR1M, perbelanjaan rakyat akan dapat dikawal pada tahap minimum.

“Pada masa akan datang, kami akan terus menyemak dan memperbaharui menu mengikut permintaan pelanggan serta berusaha mengekalkan harga rendah dan kualiti,” katanya, ketika melancarkan menu rakyat 1Malaysia, di Carrefour Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abd Karim berkata, sehingga semalam program MR1M disertai 1,567 premis makanan termasuk institusi pengajian tinggi (IPT). Jumlah itu tidak termasuk 26 cawangan Carrefour yang dilancarkan semalam.

sumber : sinarharian

No comments: