Partime Job

Friday 30 March 2012

Tiada lagi gelaran gangster

HUKUMAN setimpal! Demikian reaksi pengurus Felda United, Faisal Zakaria berhubung hukuman dikenakan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona.

Ternyata lega dengan keputusan tersebut, Faisal berharap segala cakap belakang yang menggelar pemain pasukan The Settlers itu sebagai samseng mahupun budak jahat dapat dihentikan.

“Meskipun pertuduhan yang melibatkan Hardi Jaafar (tengah) digugurkan kerana kekurangan bukti, ianya tetap keputusan yang adil buat keseluruhan pasukan. Lebih-lebih lagi apabila beliau, (Effa Owona) sendiri mengakui bersalah kerana mencetuskan provokasi kepada Hamsani Ahmad (penjaga gol) dan S Sivanesan (tengah),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Didapati bersalah atas dua dakwaan dalam saingan Liga Super menentang Felda United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 21 Januari lalu, Effa Owona dijatuhi hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM3,000 berkuat kuasa Selasa lalu.

Februari lalu, Hardi dan seorang lagi rakannya Mohd Firdaus Fauzi dikenakan penggantungan lima perlawanan dan denda RM5,000 seorang selepas didapati bersalah kerana memanjat pagar dan menyerang penonton Negeri Sembilan selepas perlawanan tersebut.

sumber : sinarharian

No comments: