Partime Job

Friday 30 March 2012

Tindakan Annuar memakan diri’

TINDAKAN Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang mengkritik prestasi skuad kebangsaan secara terbuka dianggap perbuatan kurang bijak serta melanggar peraturan badan induk bola sepak negara.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar telah melakukan satu kesalahan besar dan akan berdepan dengan Jawatankuasa Tata-tertib FAM pada 4 April depan untuk mengetahui keputusan mengenai kesnya itu.

“Dia (Annuar) perlu berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin kerana apa yang dilakukan itu kesalahan besar.

“Bila sudah buat satu tindakan tidak bijak yang menyalahi undang-undang, dia kena berhadapan dengan tindakan itu,” titah baginda selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, semalam.

Baginda bertitah demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Annuar yang melahirkan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini ekoran aksi goyah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pada satu majlis di Shah Alam baru-baru ini, Annuar berkata, kenyataan beliau disalah tafsir pihak media kerana beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan, tidak merujuk kepada mana-mana individu termasuk Datuk K Rajagobal.

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenya­taan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pe-ngurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh beri komen mengenai skuad kebangsaan.

Dalam pada itu baginda bertitah, tindakan Annuar itu merupakan sesuatu langkah tidak wajar dan akhirnya memakan diri sendiri.

“Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menitahkan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media, tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.

“Beliau sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM,” titahnya.

Sementara itu, di Kota Bharu, Annuar berkata, beliau bersedia menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib jika benar dirinya dianggap bersalah oleh badan induk itu.

Menurutnya, namun pada masa sama FAM perlu realistik dalam menjatuh­kan hukuman itu kerana jika silap, hukuman itu akan dilihat sesetengah pihak sebagai satu “salah pentafsiran” yang akan memburukkan lagi keadaan.

sumber : sinarharian

No comments: