Partime Job

Tuesday, 27 March 2012

Membaca cetus inspirasi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, dari dahulu lagi beliau suka membaca buku mengenai sejarah, pemikiran strategik dan kisah tokoh masyarakat.

“Saya membesar dengan buku-buku sebegini,” kata Perdana Menteri dalam laman blog www.1malaysia.com, semalam.


Katanya, koleksi buku beliau sekarang masih sama seperti dahulu iaitu bahan bacaan yang cenderung ke arah penulisan bukan fiksyen. Buku-buku sebegini kata beliau, tidak menghidangkan senario seperti dalam buku fiksyen yang hanya dipenuhi imaginasi.

Najib berkata, buku bukan fiksyen menggariskan satu mesej yang cukup bermakna iaitu perihal manusia dan kemanusiaan sebenar, selain menceritakan kisah dan situasi sebenar selain ujian dan kejayaan sebenar dialami insan biasa, bukan yang dibentuk oleh imaginasi. Katanya sebagai Perdana Menteri, hari-hari beliau selalunya dipenuhi dengan aktiviti berkaitan kerja.


“Oleh itu, saya amat menghargai masa yang dapat diluangkan untuk aktiviti peribadi yang saya gemari, seperti membaca buku,” kata Najib sambil menjelaskan baru-baru ini beliau berkesempatan membaca buku biografi mengenai Steve Jobs, pengasas komputer ‘Apple’ yang meninggal dunia dunia akibat kanser baru-baru ini.


Katanya, ketabahan luar biasa ikon seperti Nelson Mandela, Sir Winston Churchill atau pandangan berharga Malcolm Gladwell, W.Chan Kim dan Rene Maubourgne sudah dan akan terus menyemarakkan lagi aspirasi masyarakat

sumber : mymetro

No comments: