Partime Job

Tuesday 27 March 2012

Ibu terkejut pengasuh beritahu anak bertukar jadi ungu

SETIA ALAM: “Saya kecewa dengan tindakan pemilik taska yang menuduh kami tidak bertanggungjawab kerana tidak selidik sejarah kesihatan bayi kami sedangkan mereka tidak cuba tolong hantar bayi saya ke mana-mana hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan bantuan kecemasan,” kata Tan Khai Yin, 34, bapa kepada seorang bayi lelaki yang meninggal sewaktu dalam jagaan pengasuhnya di sebuah pusat jagaan harian, di sini, Jumaat lalu.

Ibu mangsa, Tai Loon Eng, 30, terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada pemilik taska berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bergerak dan warna kulit bayinya bertukar menjadi ungu dalam kejadian Khamis lalu.


“Kira-kira jam 2.15 petang, pemilik taska menghubungi saya dan memaklumkan bayi saya, Tan Yan Xue, berusia 3 bulan tidak menunjukkan sebarang tanda bernafas. Saya kemudian bergegas ke taska itu dan sewaktu dalam perjalanan saya menghubungi ambulans serta seorang jiran.

“Saya minta tolong jiran periksa bayi saya terlebih dulu, sementara saya pula bergegas dari tempat kerja di Glenmarie. Tetapi apabila tiba, bayi saya masih tidak sedarkan diri dan berada di taska itu,” katanya.


Tai dan suami pada mulanya menyangka anak sulung mereka itu meninggal dunia akibat tercekik susu kerana kesihatan anaknya baik pada pagi sebelum kejadian.


“Walaupun punca kematian masih belum diketahui, tapi kami berasa ada sesuatu yang mencurigakan berlaku terhadap bayi kami,” katanya.


sumber : mymetro

No comments: