Partime Job

Friday 30 March 2012

Melaka Air rancang beli pesawat

BATU BERENDAM - Syarikat Melaka Air merancang membeli sama ada pesawat Boeing atau ATR 72-500 seiring perancangan perniagaan jangka panjang syarikat itu.

Pengerusi Melaka Holidays Sdn Bhd, Syed Mahaza Syed Dakian berkata, perancangan itu juga selaras dengan hasrat syarikat melebarkan sayap ke beberapa destinasi baru.

Namun katanya, perancangan itu masih dalam penelitian di peringkat Kerajaan Negeri bersama Khazanah Nasional kerana ia membabitkan beberapa prosedur penting.

“Melaka Air kini menyewa pesawat ATR 72-500 dari Firefly Sdn Bhd sejak memulakan operasi penerbangan bagi sektor Subang-Melaka-Medan November lalu,” katanya selepas majlis pelancaran kaunter jualan tiket Melaka Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini.

Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Wira Latiff Tamby Chik, semalam.

Syed Mahaza berkata, mulai 6 April ini, Melaka Air juga akan memperkenalkan laluan baru Pulau Pinang-Melaka-Medan dua kali seminggu bagi menggantikan laluan Su­bang-Melaka-Medan.

Menurutnya, Melaka Air menerima purata tempahan seramai 300 penumpang sebulan bagi sektor penerbangan Melaka-Medan.

sumber : sinarharian

No comments: