Partime Job

Friday 30 March 2012

6 sekeluarga hidap penyakit misteri

REMBAU – Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai pandangan negatif masyarakat kerana menghidap penyakit misteri keturunan, enam sekeluarga yang kini menetap di Kampung Bongek, di sini, melaluinya dengan tabah.

Adun Dagang, 72, berkata, dia mewarisi penyakit yang menyebabkan keseluruhan bahagian tubuhnya menggelembung dan dipenuhi cecair.

Namun katanya, walaupun menghidap penyakit misteri itu, dia amat bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Che Yang Abdul Samad, 73, dan dikurniakan enam anak.

“Hanya anak keempat tidak mewarisi penyakit ini tetapi umurnya tidak panjang kerana meninggal dunia akibat penyakit dalam perut.

“Bagaimanapun, yang merisaukan saya apabila semua anak tidak berpeluang untuk bekerja tetap kerana tiada siapa yang mahu mengambil mereka,” katanya.

Adun berkata, mereka sekeluarga kini meneruskan hidup dengan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

“Pada masa sama, kami turut mencari pendapatan sampingan dengan membantu mengemaskan rumah orang kampung dan membuat kuih baulu.

“Bukannya anak tidak pernah berusaha mencari kerja tetapi tidak diterima, malah mereka yang masih bujang turut sukar mendapatkan bantuan walaupun ada yang sudah mencecah usia lebih 50 tahun,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: