Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

Mayat pengawal keselamatan Komtar ditemui berlumuran darah

GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan di bangunan Komtar, di sini ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badannya awal pagi tadi.

Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata siasatan awal polis mendapati Kumar yang sedang bekerja dan membuat rondaan di sekitar Komtar Walk diserang dua lelaki yang menaiki motosikal

"Mangsa ditetak di seluruh badan manakala kaki kirinya juga hampir putus akibat tetakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - BERNAMA

No comments: