Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Anak perempuan Obama selamat selepas gempa bumi Mexico

WASHINGTON: Rumah Putih berkata, anak perempuan Presiden Barack Obama, Malia, 13 selamat selepas gempa bumi kuat menggegarkan Mexico ketika sedang bercuti musim bunga bersama rakannya.

"Dalam kejadian gempa bumi hari ini, kami boleh mengesahkan bahawa Malia Obama selamat dan tidak berada dalam bahaya," kata jurucakap Wanita Pertama, Michelle Obama, Kristina Schake.

Schake meminta wartawan dan jurugambar supaya menghormati masa bersendirian dan keselamatan Malia Obama dan kakaknya, Sasha apabila tidak muncul di khalayak umum bersama ibu bapa mereka. - AFP

No comments: