Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Mayat kanak-kanak lemas di Tasik Titiwangsa ditemui pagi ini

KUALA LUMPUR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang dipercayai lemas, ditemui terapung di Tasik Titiwangsa di sini, awal pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 7.30 pagi selepas dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan berdekatan lokasi kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

sumber : sinarharian

No comments: