Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 26 March 2012

Maut selepas hantar anak


KOTA BHARU- Seorang bapa yang baru menghantar anaknya ke sekolah maut selepas keretanya dirempuh dari arah bertentangan dalam kemalangan yang berlaku di Kampung Demit, semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 7.15 itu menyebabkan mangsa, Ludin Ismail, 45, yang memandu kereta jenis Dahaitsu Charade maut di tempat kejadian dipercayai tersepit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang memandu dari arah Kubang Kerian ke Panji dirempuh kenderaan Honda Accord yang dikatakan memotong beberapa kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Kenderaan itu tidak sempat masuk ke laluannya semula, sehingga menyebabkan dia merempuh kereta Kancil di bahagian sisi kanan dan kenderaan mangsa di bahagian depan. Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian, manakala pemandu kereta Kancil mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HUSM,” katanya semalam.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Zarina Abdul Rahim, 40, berkata, sebelum kejadian, suaminya itu sempat membasuh kereta milik adiknya dan beria-ia hendak menghantar anak, Rizal,13 ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji menggunakan kereta.

“Saya rasa pelik kerana sebelum ini dia selalu menghantar dua anak saya, Rizal, dan Mohd Ridzuan, 12 menaiki motosikal namun pada hari kejadian dia tekad hantar anak menaiki kereta. Saya rasa tidak sedap hati pada mulanya, namun tidak endahkannya dan tidak sangka ia petanda ajalnya,” katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Katanya, suaminya seorang yang kelakar dan suka bergurau, tetapi sebelum kemalangan itu dia berubah menjadi pendiam melainkan berbincang mengenai perkara penting sahaja.

“Saya menerima berita suami terlibat dalam kemalangan selepas terlelap di kerusi menunggu yang pada kebiasaannya akan pulang kira-kira jam 7.45 pagi, namun kira-kira jam 9, saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan suami terlibat kemalangan dan berada di bilik mayat HUSM,” katanya. Jenazah dituntut keluarga mangsa untuk di kebumikan di kampungnya di Pengkalan Kubor, Tumpat selepas solat zohor.

sumber : sinarharian

No comments: