Partime Job

Monday 26 March 2012

Cipta lagu untuk ibu

Penyanyi remaja, Justin Bieber, baru sahaja selesai mencipta sebuah lagu khas buat ibunya, Pattie Mallette, sempena ulang tahun insan kesayangannya itu.

Justin yang dikenali sangat rapat dengan ibunya mencipta lagu tersebut sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan buat pengorbanan ibunya dalam membesarkannya.

Kebahagiaan dan perasaan teruja sempat dikongsi Mallete melalui laman Twitternya yang menyatakan lagu yang dicipta anak lelakinya merupakan hadiah paling bermakna baginya.

"Saya sangat sayangkan Bieber dan saya bertuah kerana dikurniakan anak sepertinya," kata Mallete.

sumber : sinarharian

No comments: