Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Lumpuh selepas kemalangan


SERTING HILIR - Anak kedua daripada lima beradik, di sini redha apabila hidupnya berubah selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran­ Sungai Sampoo 13 tahun lalu.

Selepas kejadian itu, Razali Buyung Ahmad, 34, hanya mampu terlantar di atas katil kerana lumpuh seluruh badan.

Kakaknya, Siti Saparrizah Ahmad, 36, berkata­, memang sedih apabila melihat keadaan adiknya itu.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berjumpa kawannya dan bertembung dengan lembu.

“Selepas itu, doktor sahkan dia lumpuh. Walaupun sedih dengan keadaannya sekarang, namun kami redha dengan ketentuan-Nya. Kadangkala saya bawa dia jalan-jalan sekitar kawasan rumah dengan kerusi roda, sekurang-kurangnya tidaklah baring sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya sempena program Walkabout Gerak Gempur Pemuda Jempol dekat Gugusan Felda Serting Hilir, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli; Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman dan Ketua Umno Cawangan Felda Serting Hilir 4, Muhammad Ismail.

Razali adalah salah seorang daripada 40 penerima sumbangan sempena program itu.

Sementara itu, setiausaha program, Asfarudin Ramli berkata, program itu turut disertai 120 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal.

“Kerjasama yang diberikan Pemuda Umno sememangnya tidak berbelah bahagi, malah tidak ada masalah untuk mengumpulkan mereka. Selepas ini, kita akan anjurkan satu program khas untuk belia iaitu Pentas pemuda (debat) yang dijangka bermula pada April ini,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: