Partime Job

Monday 19 March 2012

Lori terbalik dua tayar meletup

NILAI: “Sejurus kedua-dua tayar belakang meletup, lori dipandu hilang kawalan sebelum terbalik menyebabkan kaki saya tersepit selama 15 minit,” kata mangsa kemalangan, K Ieragunathan, 31.

Perjalanan bapa kepada dua anak itu menghantar kayu bertukar detik cemas apabila nyaris maut selepas kenderaan seberat 10 tan dipandunya terbalik di Kilometer 185.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Hentian Nilai di sini, kelmarin.


Kejadian jam 4.15 petang itu menyebabkan laluan berkenaan mengalami kesesakan teruk berikutan lori dan muatannya merentangi dua daripada tiga laluan berkenaan. Menceritakan detik cemas itu, Ieragunathan berkata, dia yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Ampang, Selangor menuju Seremban menghantar kayu berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya menyedari satu daripada tayar belakang kanan meletup sebelum cuba mengawal kenderaan daripada terbabas.


“Namun, tidak lama kemudian, satu lagi tayar di bahagian sama turut meletup mengakibatkan lori dipandu terus terbalik,” katanya.


Menurutnya, sejurus terbalik, dia gagal keluar berikutan kaki tersangkut dan terpaksa menunggu 15 minit.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dibawa keluar oleh orang awam melalui cermin depan kenderaan yang pecah,” katanya. yang mengalami kecederaan di kaki, tangan dan kepala.


sumber : mymetro

No comments: