Partime Job

Thursday 22 March 2012

Liyana Jasmay kahwin Januari


Siapa sangka, dalam tempoh dua bulan perkenalan, timbulnya bibit-bibit cinta sehingga aktres Liyana Jasmay, bersetuju untuk menerima lamaran Fathuddin Mazlan, 28.

Kata orang, inilah yang dinamakan jodoh. Apatah lagi, mereka yang selama ini hidup berjiran dan pernah belajar di sekolah yang sama, akan mengakhiri zaman bujang Januari tahun depan.

Jelas gadis berusia 24 tahun ini, majlis perkahwinan dijangka berlangsung selepas tamat kursus jangka pendek di New York, Amerika Syarikat (AS).

"Memang dari awal perkenalan kami, dia sudah maklum bahawa saya berhasrat untuk mengambil kursus jangka pendek dan dia sedikit pun tidak menghalang saya untuk menimba ilmu.

"Kelas akan tamat pada awal Januari (2013) dan lepas itu akan terus kembali ke Malaysia untuk berkahwin. Bagi saya, inilah yang dinamakan jodoh. Tidak perlu bercinta lama-lama, jika sudah pasti dan benar-benar suka, terus sahaja berkahwin.

"Kalau nak bercinta-cintun, bagi saya zaman sekolah bolehlah," katanya yang ditemui semasa menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 3 Janji di Sri Pentas, kelmarin.

sumber : mediahiburan.karangkraf.com

No comments: