Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Letupan bom gegar Kedutaan Indonesia di Paris

PARIS: Satu bungkusan mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Indonesia di Patis, hari ini, menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan tetapi tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.

Polis berkata, seorang kakitangan kedutaan berkenaan menjumpai satu bungkusan yang mencurigakan dan sebaik meninggalkannya ia terus meletup

Kerosakan kecil didapati berlaku ke atas tingkap bangunan tetapi tiada yang cedera.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.15 pagi waktu tempatan," kata Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa. - AP

No comments: