Partime Job

Wednesday, 14 March 2012

Lando dapat saman pula

KUALA LUMPUR: “Apa salah saya, saya hanya mahu meminta hutang, tetapi disaman pula,” kata pelakon, Azlan Sani Zawawi atau Lando, 37, yang mendakwa terkejut menerima surat saman kelmarin daripada seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat permotoran berhubung insiden pertengkaran antara mereka, baru-baru ini.

Harian Metro 2 Februari lalu melaporkan Lando dikatakan bertengkar dengan CEO berkenaan selepas pelakon itu berang berikutan kegagalan lelaki terbabit melunaskan hutang RM400,000 selepas mengiklankan program permotoran sejak Mei tahun lalu.
Menurut laporan itu, akibat kejadian berkenaan, Lando bersama lebih 10 rakan dikatakan ‘menyerang’ lelaki berkenaan dalam sebuah majlis minum petang di Petaling Jaya, 1 Februari lalu, tetapi tidak menyentuh atau memukulnya.

Difahamkan, lelaki berkenaan dikehendaki membayar RM600,000 bagi siaran 13 episod, namun hanya membayar RM200,000 pada 23 Februari tahun lalu dan selepas itu, dia memberikan pelbagai alasan bagi mengelak melangsaikan baki hutang termasuk meminta Lando berhubung dengan kakitangan bawahannya selain berjanji melangsaikan hutang itu pada Disember tahun lalu.


Lando yang membintangi drama, Akademi Polis turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, 1 Februari lalu mengenai kejadian itu.

sumber : mymetro

No comments: