Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Kompaun RM794,300

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengeluarkan 1,691 kompaun bernilai RM794,300 melalui tindakan penguat kuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi sepanjang bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, sebanyak 146 kes lagi didaftar untuk tindakan mahkamah manakala 53 kes disabitkan kesalahan dengan denda RM27,150 dikenakan.


“Bagi tempoh Januari sehingga Februari tahun ini, jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sebanyak 2,823 dengan nilai RM1,310,300. “Sejumlah 377 kes didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan pada masa sama, 109 kes disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Hasan berkata, pada bulan sama, 2,933 notis kesalahan dikeluarkan melalui penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 selepas 6,049 lawatan pemeriksaan.


Katanya, pada masa sama 1,401 kesalahan dikompaun dengan nilai sejumlah RM316,050 dikenakan. “Bagi Januari sehingga Februari tahun ini, 5,917 notis kesalahan dikeluarkan dan 2,373 kesalahan dikompaun dengan nilai RM535,225,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: