Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Kes pertama dikesan PDRM

KUALA LUMPUR: Kes kehilangan Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang dipercayai diculik di Shah Alam sebelum ditemui di Bangkok oleh polis Thailand adalah yang pertama seumpamanya dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci sama ada memang wujud sindiket yang melakukan kegiatan jenayah sedemikian.


“Ini kes pertama seumpamanya yang kita kesan setakat ini, malah ia boleh dianggap kes terpencil. Bagaimanapun, siasatan terperinci sedang dijalankan untuk tindakan selanjutnya, sekali gus mengelak kegiatan sebegini berleluasa.

“Siasatan turut mengambil kira sama ada kes kehilangan kanak-kanak dan remaja kita yang dilaporkan di seluruh negara sebelum ini mempunyai persamaan dengan menggunakan modus operandi sama. Pemantauan turut dijalankan bagi mengesan kemungkinan wujud sindiket tertentu yang mendalangi kegiatan jenayah sebegini di negara ini,” katanya ketika dihubungi malam tadi.


Beliau berharap melalui siasatan dan keterangan daripada mangsa terbabit dapat merungkai misteri kehilangannya, sekali gus membantu polis mengenalpasti identiti suspek atau dalang utama kes penculikannya.


Sementara itu, Bakri turut mengingatkan orang ramai, terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak mereka bagi mengelak menjadi mangsa jenayah

sumber : sinarharian

No comments: