Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Terengganu anjur Seminar Batu Bersurat Ahad ini

KUALA TERENGGANU - Muzium Terengganu akan menganjurkanSeminar Batu Bersurat Piagam Terengganu di Dewan Batu Bersurat di kompleksmuzium itu di Losong di sini selama dua hari bermula Ahad ini.

Pengarahnya, Mohd Yusof Abdullah berkata, seminar itu bertemakan 'Lambang Kehebatan Kita' bakal menarik penyertaan kira-kira 150 orang dari pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan penyelidik persendirian.

"Seminar kali keempat ini akan membentang dan menjalankan kajian seterusnya berkenaan asal-usul batu tersebut dan membuat perbandingan Batu Bersurat dari seluruh Nusantara.

"Di samping itu, peserta akan dibawa mengkaji Batu Bersurat Terengganu dari pelbagai sudut dan teknik pembuatannya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seminar itu akan menggabungkan 11 penyelidik dan cendekiawan tempatan termasuk Prof. Emeritus Datuk Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (Universiti Putra Malaysia) dan Dr. Rahimin Abd Rahim (Universiti Malaya).

Selain itu tokoh akademik tempatan dan luar negara turut dijemput bagi mengupas isu Batu Bersurat Terengganu dari pelbagai sudut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad RamliNuh dijadual merasmikan seminar tersebut. - Bernama

No comments: