KOTA TINGGI: Kemalangan maut di Kilometer 28.5, Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini, kira-kira jam 2.40 petang kelmarin yang mengorbankan tiga mangsa dipercayai berlaku selepas Proton Saga dinaiki mangsa dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan hingga bertembung lori membawa muatan baja.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, akibat rempuhan itu, pemandu kereta, Muhammad Hazwan Ahmad, 25 serta dua penumpang belakang, Fatimah Othman, 35, dan ibunya, Saemah Mantu, 65, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang di tempat duduk depan, Fazlina Othman, 21, patah tangan kiri manakala anak tunggal Fatimah, Ahmad Razin Faizal, 3, cedera ringan di kepala,” katanya.
Menurutnya, pemandu lori berusia 33 tahun itu pula cedera ringan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ahmad Razin kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi menjalani ujian imbasan dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Sumber : MyMetro
No comments:
Post a Comment