KUALA LUMPUR: Harian Metro dengan kerjasama Cinta Sayang Resort akan mengagihkan 50,000 tiket masuk ke taman tema air The Carnivall Water & Land of Excitement (The Carnivall) di Sungai Petani, Kedah.
Tiket percuma itu sebagai tanda terima kasih Harian Metro kepada pembaca yang menyokong hingga menjadi akhbar nombor satu di Malaysia.
Untuk mendapatkan tiket percuma itu, pembaca perlu mengumpul 14 keratan kepala akhbar Harian Metro bermula hari ini hingga 25 Mac depan. Bagi setiap 14 kepala akhbar terkumpul, pembaca akan diberi dua tiket percuma ke The Carnivall, Jumlah maksimum tiket yang boleh ditukar terhad enam keping bagi satu keluarga dan orang ramai boleh membuat pertukaran tiket bermula 22 hingga 25 Mac ini di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di seluruh negara.
Tiket masuk ke taman air The Carnivall ini sah untuk jangka masa satu bulan bermula 23 Mac sehingga 22 April 2012. Sepanjang April, The Carnivall hanya akan dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Bagi mendekatkan diri dengan pembaca, program Gempak Santai Harian Metro akan diadakan di The Carnivall pada 24 dan 25 Mac dan pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung.
Antaranya seperti persembahan hiburan artis popular, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, pertunjukan silap mata dan sukan ‘paintball’ serta pemberian hadiah misteri kepada pengunjung bertuah.
The Carnivall berkonsepkan hutan tropika, dibina dengan reka bentuk terkini yang dilengkapi pelbagai kemudahan permainan termasuk Water Coaster setinggi 10 meter dan 60 meter menjunam serta gelung gelungsur air sepanjang 140 meter.
Sumber : MyMetro
No comments:
Post a Comment