Partime Job

Wednesday, 7 March 2012

Kereta Daudsu melambung

KOTA BHARU: Pemain bola sepak Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin, 26, berdepan detik cemas apabila kereta jenis Mitsubishi Lancer GT dipandunya terbabit dalam kemalangan di laluan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, kenderaan berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali sebelum melanggar pagar sebuah kem tentera berhampiran lokasi kejadian.


Ketika itu, Mohd Daudsu menaiki kereta bersama isteri, Nursyahmina Rafudian, 26, dan anaknya, Nik Dhiya Quistinya, setahun, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sireh, di sini, ke Lapangan terbang Sultan Ismail Petra.

Menurutnya, keretanya gagal dikawal selepas dia terpaksa mengelak melanggar seorang lelaki berusia 60-an yang terbaring di atas jalan raya selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta jenis Proton Iswara.


“Akibatnya, kereta saya melanggar motosikal lelaki itu yang tersadai di tengah jalan sehingga kereta saya melambung dan berpusing beberapa kali sebelum melanggar pagar kem tentera,” katanya.


Mohd Daudsu dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi isterinya cedera ringan. Kereta pemain pertahanan Kelantan itu pula remuk di bahagian hadapan dan sisi.

Mohd Daudsu berkata, dia sekeluarga bersyukur terselamat dalam kejadian berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Sumber : Mymetro

No comments: