Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 20 March 2012

Kanak-kanak lima tahun maut dalam kebakaran rumah

HULU TERENGGANU -- Seorang kanak-kanak lima tahun nyaris maut setelah kediaman lapan sekeluarga di Kampung Gunung, Ajil di sini hangus dijilat api dalam kejadian pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu disedari oleh Mohd Azizi Rukman di mana ketika itu dia sedang tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum bergegas keluar apabila terasa bahang panas.

Ibunya, Siti Hasmah Satar berkata ketika kejadian beliau sedang menyapu sampah sekitar halaman rumah dan terkejut apabila anak bongsunya lari memaklumkan ada api di dalam bilik tidurnya.

Terkejut dengan perkara itu, beliau bergegas naik ke rumahnya dan melihat api sedang membakar bahagian kelambu dan tilam bilik Mohd Azizi.

"Saya panik ketika itu. Saya lari meminta pertolongan orang kampung bagi memadamkan api namun tidak berhasil.

"Hanya dalam beberapa minit kemudian, api mula marak menjilat rumah yang kami duduki dan tidak sempat menyelamatkan dokumen penting namum bersyukur tidak berlaku perkara buruk terhadap keluarga saya," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, di sini hari ini.

Sementara itu Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Zuraidi Mohd Yusuf berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan dua jentera berserta tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya ketika pihaknya tiba, api marak telah memusnahkan hampir 90 peratus rumah separa kekal itu dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira 10 minit kemudian.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil siasatan awal pihak bomba menganggar nilai kerugian kira-kira RM70,000. - Bernama

No comments: