MELAKA: Seorang suami kebingungan selepas isterinya hilang sejak lebih lima bulan lalu, selepas wanita itu dikatakan keluar membeli barangan dapur, Mohd Dzulkarnain Azli, 29, berkata pada 6 November lalu, isterinya, Lina Zulkifli, 30, meminta wang untuk membeli barang keperluan dapur.
“Bagaimanapun, selepas keluar dari rumah sewa kami di Kampung Alai untuk membeli barangan dapur di kedai berhampiran, dia tidak pulang-pulang.
“Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya namun tidak berjawab dan berusaha mencarinya, namun gagal lalu membuat laporan polis,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia cuba menghubungi keluarga isterinya di Banting dan Dengkil, Selangor, namun mereka memberitahu tidak tahu di mana isterinya berada.
Menurut Mohd Dzulkarnain, dia berkahwin dengan Lina sejak beberapa tahun lalu dan mempunyai seorang anak, Nur Elina Elisa, tujuh bulan.
“Saya melakukan pelbagai usaha bagi mengesan isteri namun menemui jalan buntu walaupun selepas lima bulan dia pergi.
“Ini kali kedua isteri hilang selepas kejadian pada Jun 2011 tetapi berjaya ditemui berhampiran Plaza Tol Juru di Pulau Pinang sehari selepas itu,” katanya.
Mohd Dzulkarnain berkata, dia sangat berharap Lina segera pulang ke pangkuan keluarga dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isterinya, diminta menghubunginya di talian 017-6282300.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment