Susulan kenyataan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik di sebuah portal berita berkenaan sikap Timbalan Presidennya, Zed Zaidi yang dikatakan membelakangi dia selaku orang nombor satu persatuan itu, MH Online mendapatkan reaksi balas daripada Zed Zaidi.
"Apa yang boleh saya katakan, kenyataannya itu umpama membuka pekung di dada sendiri. Daripada orang tidak tahu apa yang berlaku, selepas ini pasti semuanya akan terbongkar. Pada saya lebih baik ia diselesaikan secara dalaman.
"Tidak pernah timbul istilah membelakngkan dia dalam segala hal. Ini kerana setiap aktiviti yang hendak dijalankan saya akan maklumkan kepadanya. Cuma, apabila tidak ada maklum balas yang diberikan, saya mengambil inisiatif sendiri atas tiket Timbalan Presiden.
"Tambahan pula kebanyakkan aktiviti yang dijalankan sehingga kini adalah di bawah Biro Seniman Muda. Dan bila aktiviti selesai dijalankan, baru dia akan bertanya kenapa tidak merujuk kepadanya terlebih dahulu. Jadi, kenapa baru sekarang timbul persoalan saya membelakanginya," jelas Zed Zaidi tegas.
Menurutnya juga, tindakan Harun itu dilihat memalukan diri sendiri kerana selama ini dia hanya sibuk dengan aktiviti seninya sahaja.
"Dalam persatuan kita perlu selesaikan masalah artis dengan segara tanpa berlengah. Kita dilantik untuk membantu artis. Jadi kalau kita tidak boleh buat apa-apa untuk mereka, apa guna kita dilantik," ujarnya lagi.
sumber : media.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment