Partime Job

Friday, 9 March 2012

Facebook alami gangguan di Eropah

LONDON 8 Mac - Pengguna-pengguna laman sosial Facebook di beberapa negara Eropah kelmarin melahirkan rasa kecewa apabila laman web tersebut tidak dapat beroperasi selama dua jam berikutan masalah teknikal.

Berikutan gangguan tersebut, pengguna mengambil keputusan untuk beralih ke laman sosial lain seperti Twitter untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Dalam masa yang sama, pengguna di beberapa negara sekitar Asia Barat dan Afrika juga dilaporkan mengalami masalah yang sama.

DownRightNow yang bertugas memantau perkhidmatan laman web utama mendakwa, Facebook mengalami gangguan sehingga petang.

Agensi kerajaan Belgium CERT. Be, mendakwa masalah tersebut disebabkan serangan penggodam DDoS, namun ia tidak dapat disahkan.

Sementara itu, jurucakap laman web tersebut tidak mahu mengulas lanjut mengenai punca kejadian berkenaan.

sumber : utusan

No comments: