Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 19 March 2012

Dua pelatih PLKN cedera dipukul


KUALA LUMPUR - Akibat salah faham, dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera dan lebam selepas dipukul salah seorang daripada 20 pelatih yang menyerang mangsa di sebuah kem latihan di Melaka, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi tu, mangsa Yap Chun Yen, 18, dikejutkan pelatih lelaki bersama sekumpulan remaja dan membawa mangsa ke padang berdekatan.

Menurutnya, pelatih yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipukul di dada dan ditendang kedua-dua kaki oleh pelatih yang dikenalinya.

“Selepas dipukul, saya dicabar supaya menyerang semula dan akibat takut dicederakan lagi, saya terpaksa menumbuk perutnya untuk memuaskan hati mereka ketika itu.

“Mereka datang dalam satu kumpulan dan hanya seorang pelatih yang memukul saya, tetapi tidak tahu mengapa saya dipukul,” katanya selepas membuat aduan di pejabat MCA Kepong, semalam.

Chun Yen berkata, dipercayai berlaku perselisihan faham ketika perkhemahan Ahad lalu apabila dia meminjam barang penyerang dan berkemungkinan­ dengan nada suara yang tegas.

Menurutnya, akibat kejadian itu, dia sakit seluruh badan dan sering batuk.

Sementara itu, selang 15 minit selepas kejadian pertama, dipercayai kumpulan sama menyerang rakan mangsa, Chew Chee Yong, 18, yang sedang tidur di asrama sama.

Chee Yong berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan dikejutkan remaja yang dikenalinya.

“Saya dipukul di dada tanpa sebab dan diselamatkan rakan.

“Remaja itu memberitahu saya pernah menumpahkan air dan terkena bajunya.

“Akibat tidak berpuas hati, dia serang saya dalam asrama,” katanya.

Chee Yong berkata, dia ada membuat laporan kepada jurulatih dan dibawa ke hospital berdekatan.

Akibat kejadian itu, dia bengkak di bahagian dada dan batuk.

Kedua-dua mangsa yang menamatkan latihan PLKN kelmarin membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

Ketua Pasukan Bertindak MCA Kepong, Tan Kok Eng berkata, dia mahu siasatan dijalankan dan PLKN perlu memberi penjelasan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kejadian itu dianggap sebagai kes terasing.

Menurutnya, pihaknya belum menerima laporan dan mengarahkan Kem Komander PLKN terbabit menyerahkan laporan.

“Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan dan ianya tidak dapat dielakkan berlaku dalam kem latihan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: