Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 20 March 2012

Dr Mohamad kongsi kepakaran dengan penduduk


MUAR – Kepakaran sebagai doktor perubatan mendorong wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Maharani, Dr Mohamad Taslim untuk berkongsi ilmu melalui khidmat pemeriksaan kesihatan percuma dengan penduduk sekitar Kampung Parit Raja, kelmarin.

Bertempat di pekarangan Bilik Gerakan Pas Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad di sini, seramai 50 penduduk mengambil bahagian untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di situ.

Dr Mohamad berkata, perkhidmatan tersebut bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Menurutnya, ramai di antara mereka tidak menyedari menghidap penyakit kencing manis atau darah tinggi

“Apabila keputusan pemeriksaan mendapati mereka menghidap penyakit ini, barulah mereka terkejut.

“Malahan mereka anggap pening kepala yang kadang-kadang menyerang itu hanya perkara biasa, padahal ialah simptom penyakit darah tinggi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, selain dapat bertemu rakyat, peluang tersebut digunakan untuk menasihati mereka supaya menjaga kesihatan dan pemakanan secara konsisten.

“Saya mahu rakyat di sini mengamalkan gaya hidup sihat kerana banyak penyakit berbahaya mudah dihidapi,” katanya.

Katanya lagi, program tersebut pernah diadakan tahun lalu dan akan terus dijalankan dibeberapa lokasi yang sudah dikenalpasti.

Pada program tersebut, Dr Mohamad turut menyampaikan sumbangan beras dan barang keperluan dapur kepada 22 penerima melibatkan ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan.

sumber : sinarharian

1 comment:

Admin said...

AS SALAM. TERIMA KASIH KERANA MENYIARKAN BERITA INI :-)
SALAM PERJUANGAN.