Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Curi kabel generator


KUALA TERENGGANU- Seorang pemuda dipenjara selama dua bulan dan didenda sebanyak RM2,000 kerana memecah masuk serta mencuri kabel generator milik sebuah hotel oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Hukuman terhadap tertuduh, Mohammad Azhar Roslan, 27, yang berasal dari Jalan Panji Alam di sini, bermula dari tarikh sabitan dan turut berdepan dengan hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang belum dituduh pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 2 hingga 2.30 pagi, telah memecah masuk stor dan mencuri satu kabel generator di Hotel Ibai Inn, Jalan Tok Adis, di sini dan dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang mengaku bersalah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi bagaimanapun merayu agar hukumannya diringankan memandangkan ia adalah kesala-hannya yang pertama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga pengurus hotel iaitu Mohamad Nazir Abdullah telah mendapat panggilan daripada stafnya pada 11 Mac, jam 2.30 pagi yang memberitahu pintu generator hotel itu telah dipecah masuk.

Apabila pengadu sampai, dia melihat pintu gril telah diumpil dan kabel dipotong.

Bagaimanapun, tertuduh bersama seorang lagi rakannya yang juga remaja bawah umur telah ditahan di belakang hotel berkenaan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tinda-kan lanjut.

sumber : sinarharian

No comments: