Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

Chong Wei perlu rawatan susulan, kata Dr Ramlan


KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memerlukan rawatan susulan terhadap kecederaan bahu kanannya hasil laporanawal ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) yang dijalaninya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata, ekoran laporan MRI yang diperolehi itu, beliau telah mengarahkan pakar fisioterapi di institut itu, Fadzli Mohd Salleh memulakan rawatan susulan ke atas Chong Wei.

"Kita perlu melakukan rawatan secara terperinci dan membuat keputusan tentang penglibatan dan aktiviti Chong Wei supaya dia dapat meneruskan latihan untuk mengekalkan kecerdasan tanpa menjejaskan proses pemulihan ototnya yang cedera," katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada media di sini hari ini.

Dr Ramlan berkata penjelasan lanjut berhubung laporan kesihatan pemain nombor satu dunia itu akan dibuat pada sidang media khas yang akan turut dihadiri oleh Chong Wei dan jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock di ISN esok.

Chong Wei semalam menjalani ujian MRI di hospital KPJ Damansara Specialist selepas mengalami kecederaan di perlawanan akhir Kejohanan Seluruh England di England minggu lepas sehingga menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dan memberi kemenangan mudah kepada pemain China, Lin Dan. - Bernama

No comments: