Tuesday, 27 March 2012
Celcom lancar I Love Tablet Fair
Pembekal komunikasi mudah alih negara, Celcom Axiata Berhad, menganjurkan pameran komputer table, sejajar dengan inisiatif jalur lebar kebangsaan (NBI) sehingga 1 April di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Pameran dikenali I Love Tablet 2012 itu menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun sehingga 35 peratus bagi tablet terbaru, telefon pintar dan jalur lebar Celcom.
Ketua Pegawai Operasi Data Celcom Axiata Berhad, Afizulazha berkata, Celcom menyedari permintaan tinggi terhadap peranti terkini ter utamanya tablet dan pada masa sama kami memastikan jalur lebar turut melengkapi keperluan pengguna.
Pameran itu, pelanggan berpeluang membeli Samsung Galaxy Tab berharga RM918 dengan rebat RM120 bagi jalur lebar bulanan.
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment