Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 22 March 2012

Bookie: Pegawai wanita PBNJ ditahan

POLIS Johor menahan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didakwa terbabit dalam mengatur perlawanan di negeri itu.

Penahanan wanita berusia 30-an itu dibuat Isnin lalu, selepas polis menerima laporan oleh pegawai Johor FA, sehari sebelumnya.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan tangkapan itu, berkata, pihaknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan terbabit.

“Pegawai ini dikatakan kenalan kepada seorang pegawai polis di Kontinjen Johor.

“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa, termasuk pegawainya sendiri sekiranya didapati terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya.

Dipercayai, wanita itu mempunyai kaitan dengan bookie tertentu dandireman selama lima hari.

Polis turut menyiasat dakwaan mengenai wanita berkenaan yang mempunyai hubungan dengan pegawai polis dari Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian.

Kes ini disiasat di bawah Akta SPRM membawa hukuman penjara, tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan, jika disabit kesalahan.

Kelmarin, Presiden PBNJ, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah, terdapat aktiviti mengatur perlawanan berlaku di negeri itu yang didakwa membabitkan pegawai polis.

sumber : sinarharian

No comments: