Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Bisnes Dunia: China naik harga petrol, diesel

Peningkatan terbesar berikutan kenaikan minyak mentah global

CHINA, semalam menaikkan harga runcit petrol dan die-sel, peningkatan terbesar dalam tempoh tiga tahun ekoran kenaikan harga minyak mentah global, demikian menurut kenyataan rasmi China.

Ia adalah kenaikan kedua tahun ini berikutan kerajaan republik itu kini mempunyai lebih ruang untuk menyelaras paras harga bahan apinya dalam pada kedudukan inflasi pada pertengahan 2011, kembali susut daripada paras tinggi dalam tempoh tiga tahun

Penanda aras bagi harga runcit petrol akan meningkat sebanyak 0.44 yuan (RM2.14) seliter, manakala harga diesel pula naik 0.51 yuan (RM2.44), kata Perancang Suruhanjaya Reformasi Pembangunan Nasional (NDRC), dalam satu kenyataan, lewat Isnin.

“Ini susulan kenaikan harga minyak mentah global dan berkurangnya tekanan inflasi domestik.

“NDRC berkemungkinan melaksanakannya selepas mengambil kira faktor pemuliharaan dan pengurangan pengeluaran tenaga, yang mana harga penyumberan rendah pastinya tidak membantu,” kata Liao Kaishun, Penganalisis C1 Energy.

Suruhanjaya itu boleh menyelaras harga bahan api apabila harga minyak antarabangsa bergerak lebih daripada empat peratus untuk tempoh 22 hari bekerja.
Beijing mengehadkan kenaikan kos bahan api bagi manfaat pengguna domestik apabila harga antarabangsa naik.

Langkah terbaru itu akan menyaksikan kenaikan sekitar 600 yuan setan, kenaikan terbesar sejak Jun 2009, kata agensi berita rasmi Xinhua.

Selepas kenaikan, penanda aras harga bagi petrol akan meningkat tujuh peratus kepada 9,180 yuan setan, manakala diesel naik 7.8 peratus kepada 8,330 yuan setan, kata suruhanjaya itu.

China juga menaikkan harga sebanyak 300 yuan satu tan pada bulan lalu untuk kedua-dua petrol dan diesel.

Inflasi berkurangan bulan lalu kepada 3.2 peratus, kadar terendah sejak Jun 2010 susulan kenaikan kadar faedah dan langkah memperketatkan monetari oleh Beijing.

“Inflasi yang berkurangan, memberi ruang kepada kenaikan kedua harga petrol (tahun ini). Kesan langsung ke atas inflasi harga pengguna (CPI) akan terurus pada peringkat ini ,” kata Australia and New Zealand Banking Group (ANZ), dalam nota penyelidikan Selasa.

China bimbang peningkatan inflasi akan mencetuskan pergolakan sosial.

Mengumumkan kenaikan harga terbaru itu, kerajaan China berkata, ia akan menawarkan subsidi kepada sektor seperti perladangan dan pemandu teksi bagi mengurangkan beban.

Sungguhpun memanfaatkan syarikat penapisan minyak China, yang kini boleh mengenakan bayaran lebih tinggi, harga saham dua syarikat tenaga utama negara itu rendah pada Selasa. – AFP

No comments: