Partime Job

Sunday, 11 March 2012

Bimbang berlaku tanah runtuh


TAIPING – Bunyi dentuman kuat di luar rumah mengejutkan seorang penduduk Taman Tasik Permai, Lee Mei Hoon lewat malam kelmarin ketika dia sekeluarga sedang menonton televisyen.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi menguatkan sangkaannya ada kemalangan di sekitar taman perumahan itu ataupun bunyi itu datang daripada kegiatan pencuri yang cuba menyelinap masuk ke rumah jirannya.

“Namun, sangkaan saya meleset apabila saya mendapati tebing bukit berhampiran rumah telah pecah akibat tekanan air selepas hujan lebat hampir dua jam turun tanpa henti,” katanya.

Tambahnya, keadaan tebing yang pecah itu sangat berbahaya kerana ia terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

“Keadaan semakin serius apabila sebahagian dari tebing itu mula retak dan menunggu masa untuk pecah dan runtuh. Bahagian yang pecah itu menjadi tempat saluran air keluar dan ia menimbulkan kebimbangan kami sekeluarga,” katanya.

Sekiranya hujan kerap berlaku, dikhuatiri tanah di kawasan bukit berkenaan runtuh dan akan menyebabkan rumahnya tertimbus.

“Saya takut berlaku perkara yang tidak diingini berlaku ke atas keluarga kami lebih-lebih lagi hujan selalu turun. Saya berharap ada pihak mengambil tindakan segera supaya masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: