Partime Job

Tuesday 6 March 2012

Bagi salam tembak leher


KOTA BHARU: “Saya nekad bergelut dengan mereka untuk menyelamatkan diri dan anak-anak,” kata Haris Yusof, 62, menceritakan detik cemas apabila rumahnya diserang tiga lelaki sebelum dia dan isterinya terkena tembakan dalam kejadian di rumah mereka di Kok Lanas, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, Haris cedera di leher manakala isterinya, Ani Malik, 51, cedera di pinggang kanan.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit pada mulanya dikejutkan dengan salam dari luar rumah menyebabkan Haris bangkit tidur untuk membuka pintu.

Belum sempat dia berbuat demikian, dua lelaki memecah masuk manakala seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengarahkannya supaya diam.


Kejadian itu disaksikan anak perempuannya, Norly, 27, yang berada di ruang tamu rumah dan turut diacukan pistol oleh lelaki yang sama.


Detik cemas itu berlarutan beberapa minit apabila lelaki berkenaan meluru ke bilik dan Ani ketika itu tidur bersama anak mereka Mohd Fikri, 23, dan Mohd Fakhrullah yang berusia 10 tahun.


Sumber : MyMetro

No comments: