Partime Job

Monday 26 March 2012

Aliran air punca kemalangan


SERI ISKANDAR - Aliran air yang muncul setiap kali hujan di jalan hadapan Stesen Komunikasi TLDM Parit antara punca kawasan itu sering berlaku kemalangan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed berkata, keadaan itu berlaku kerana aliran air tersebut menyebabkan jalan menjadi licin dan bahaya dilalui pengguna.

Menurutnya, kebanyakan kemalangan yang berlaku di situ melibatkan kecederaan parah dan ringan.

“Perkara itu juga sudah dibawa ke dalam mesyuarat tindakan daerah dan sudah ada beberapa tanda yang diletakkan di kawasan berkenaan.

“Memang kawasan ini sudah diletakkan laluan berwarna kuning namun kita rasakan ia tidak mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Khairul Shahril, Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta untuk mengkaji kawasan itu bagi mengelakkan masalah kemalangan jalan raya berlaku lagi.

Jelasnya, selain itu, dia mencadangkan pihak berkenaan meletakkan tanda kawasan kemalangan di situ sebagai perhatian orang ramai.

“Saya juga berharap sebuah jejantas dapat dibina di jalan berkenaan kerana menghubungkan antara bangunan kompleks daerah Perak Tengah dengan UiTM.

“Kita sedia maklum laluan Ipoh-Lumut ini sentiasa sibuk dan jalannya agak besar menyebabkan ia berbahaya kepada sesiapa sahaja yang mahu melintas,” katanya.

Kahirul Shahril turut berharap perkara itu dapat dipertimbangkan sewajarnya kerana kemudahan berkenaan amat penting terutama dari segi keselamatan.

sumber : sinarharian

No comments: