Partime Job

Friday 9 March 2012

Airbus A380-800 MAS tiba 19 Jun


PESAWAT Airbus A380-800 milik MAS akan tiba Jun ini kini s dalam proses kemasan terakhir di pusat kemudahan mengecat badan pesawat Airbus di Hamburg, Jerman.
Pesawat baru antara rancangan pemulihan Penerbangan Malaysi

SELEPAS beberapa kali tertangguh, pesawat penumpang super jumbo Airbus A380-800 pertama yang ditempah Penerbangan Malaysia (MAS) akan tiba di negara ini dari pusat pemasangannya di Toulouse, Perancis pada 19 Jun ini sebelum membuat penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke London pada 1 Julai.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu akan menerima lima daripada enam pesawat terbesar dunia itu, tahun ini manakala sebuah lagi akan dihantar ke Kuala Lumpur pada Februari tahun depan.
Kami mahu memikat semula pelanggan dengan memberikan produk serta perkhidmatan premium bermutu tinggi secara konsisten. - Mohd Salleh Ahmad Tabrani, Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan MAS Ia adalah sebahagian daripada 23 pesawat ditempah MAS yang akan diterimanya tahun ini, sekali gus bakal merendahkan purata usia angkatan pesawatnya daripada 12 tahun sekarang kepada hanya tujuh tahun.

Pesawat A380-800 pertama yang bakal diterima MAS itu kini sedang dalam proses kemasan terakhir di pusat kemudahan mengecat badan pesawat Airbus di Hamburg, Jerman.

Serentak dengan ketibaan pesawat itu nanti, MAS akan melancarkan beberapa inisiatif pembaharuan dari segi meningkatkan pengalaman penumpang bagi membolehkannya mencapai sasaran untuk muncul sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan premium pilihan di rantau ini.

Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan MAS, Datuk Mohd Salleh Ahmad Tabrani, berkata ketibaan angkatan pesawat baru serta rancangan pembaharuan menyeluruh perkhidmatan pelanggan adalah satu daripada rancangan pemulihan penting syarikat penerbangan itu.
“Kami mahu memikat semula pelanggan dengan memberikan produk serta perkhidmatan premium bermutu tinggi secara konsisten.

“Hala tuju strategik kami dengan adanya angkatan pesawat baru ini ialah untuk melihat setiap peluang dan kemudian mereka bentuk semula produk dan perkhidmatan bagi membolehkan pengalaman terbaik dapat disampaikan kepada pelanggan,” katanya pada taklimat media berhubung pesawat Airbus A380-800 di Kelana Jaya, semalam.

Mohd Salleh berkata, pembaharuan dari segi perkhidmatan pelanggan itu dilaksanakan di seluruh platform termasuk enjin tempahan Internet, portal mudah alih dan MHbuddy di rangkaian sosial Facebook serta pusat panggilan pelanggan globalnya.

Pembaharuan itu juga, katanya membabitkan pengalaman pelanggan semasa tiba di lapangan terbang, kemudahan dalam pesawat serta beberapa kemudahan premium yang disediakan untuk penumpang kelas pertama.

“Kami merasakan ini bukan sekadar sebuah projek MAS, malah secara keseluruhannya ia boleh dianggap projek negara,” katanya.

Mengenai pesawat Airbus A380-800 itu, beliau berkata pesawat pertama yang diterima akan membuat penerbangan tiga kali seminggu ke London bermula 1 Julai, manakala pesawat kedua yang akan diterima membolehkan MAS membuat penerbangan harian ke ibu kota England itu.

Pesawat ketiga dan keempat pula, katanya akan digunakan untuk penerbangan ke Sydney, Australia menggunakan formula serupa manakala destinasi untuk pesawat kelima serta keenam masih belum dimuktamadkan.

Airbus A380-800 MAS akan mengekalkan identiti asal pesawat syarikat itu dengan logo warisan wau, namun ia dilengkapkan dengan gaya tulisan moden menggunakan warna lebih kontemporari yang mencerminkan komitmennya untuk memberikan platform lebih segar serta menarik.

Pesawat itu mempunyai kapasiti 494 tempat duduk dengan konfigurasi tiga kelas yang merangkumi lapan tempat duduk kelas pertama, 66 tempat duduk kelas perniagaan serta 350 tempat duduk ekonomi yang dibahagikan ke ruang atas dan bawah.

sumber : bharian

1 comment:

Unknown said...

memang mewah airbus A380 ni.. meh tengok kilang airbus ni

kilang airbus a380