Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 27 March 2012

5 sahabat kena dakwa

KUALA LUMPUR: Lima sahabat dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menampal poster anti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di tempat bebas, bulan lalu.

Bagaimanapun, semua tertuduh, penganggur, Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32 (penganggur), Mohd Norizam Che Othman, 31 (mekanik), Shahir Saarani, 30 (mekanik) dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36 (peniaga), mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.


Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama lima lagi yang masih bebas didakwa menampal poster yang mengandungi perkataan ‘Lim Guan Eng anti Melayu’, ‘Lim Guan Eng Racist’, ‘Lesbian, Gay, Biseksual, Trans’ dan ‘Undi Ambiga Undi Seks Bebas’.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini, pada jam 3.40 pagi, 4 Februari 2012 dan pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang turut dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.


Kelima-lima mereka diwakili peguam bela, Rezal Mazli Abdul Muin, berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Namun, Rezal Mazli dalam rayuannya memohon jaminan RM300 dengan alasan ini kesalahan pertama dilakukan setiap tertuduh dan difahamkan mereka tidak mempunyai pasport membolehkan ke luar negara.


Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan semula kes.

sumber : mymetro

No comments: