Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 27 March 2012

Kes nenek didakwa bunuh cucu 26 April

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret, di sini, semalam menetapkan 26 April depan bagi sebutan semula kes nenek didakwa membunuh cucunya di sebuah rumah di Puchong akhir Januari lalu.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan tarikh itu berikutan laporan perubatan dan bedah siasat masih belum diperoleh.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memberitahu mahkamah pihaknya belum menerima laporan kesihatan mental tertuduh yang sepatutnya diberikan Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak. Sebelum ini, tertuduh Tan Kooi Eng, 56, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 15 Februari lalu dan menetapkan semalam untuk sebutan kes, namun disebabkan laporan mental masih belum siap ia terpaksa ditunda lagi.

Berdasarkan pertuduhan, warga emas itu didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di rumah di Puchong, jam 11 malam, 30 Januari lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

sumber : mymetro

No comments: