Partime Job

Tuesday 27 March 2012

Tempoh sah 30 hari lagi

PUTRAJAYA: Seramai 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ambilan kedua yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) boleh menggunakannya sehingga 30 April depan selepas Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melanjutkan tempoh sah penggunaannya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan melanjutkan penggunaan baucar selama 30 hari lagi berbanding tarikh tamat 31 Mac ditetapkan sebelum ini dibuat selepas pihaknya menerima beberapa pandangan dan cadangan.


Katanya, langkah itu dapat memberi peluang kepada pelajar baru IPT menggunakan baucar berkenaan untuk membeli buku. “Kita juga akan menyiarkan notis di akhbar mengenai perkara ini bagi membolehkan semua pemilik kedai buku mengetahui tempoh lanjutan berkenaan. “Semua pelajar yang mendapat BB1M dan belum menggunakannya, diminta segera berbuat demikian di mana-mana kedai buku yang menerima baucar ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Kursi Akademik Luar Negara, semalam. Mohamed Khaled turut mengingatkan pelajar supa ya semua urusan pembelian buku perlu diselesaikan mengikut tempoh ditetapkan kerana sebarang penggunaan BB1M tidak diterima dan terbatal selepas 30 April depan. Beliau berkata, berdasarkan rekod, sehingga kini 1.27 juta pelajar sudah menerima BB1M, membabitkan 5.1 juta keping baucar bernilai RM255 juta.

“Jumlah berkenaan termasuk pelajar baru mendaftar bagi tempoh Januari hingga Mac serta pelajar baru yang menerimanya atas sebab tertentu. “Daripada 5.1 juta keping baucar itu, hanya 50 peratus sudah diterima balik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) daripada kedai buku untuk ditukar kepada wang tunai, manakala separuh lagi masih berada pada pelajar atau kedai buku,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: