Partime Job

Tuesday 6 March 2012

3 individu ditahan kes budak hilang

JOHOR BAHRU: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis berkaitan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah ketika keluar membeli mi segera di sebuah kedai runcit di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, 1 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek berusia 30-an hingga 40-an itu ditahan pada hari sama mangsa dilaporkan hilang.


“Kami masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ketiga-tiga suspek dalam usaha mengesan mangsa yang masih gagal ditemui. “Sejak dilaporkan hilang, polis sudah pergi ke 20 lokasi sekitar Pasir Gudang dan bandar raya ini, tetapi masih gagal menemui kanak-kanak itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam atau balai polis berhampiran,” katanya, semalam.


Kelmarin, seorang suri rumah, Roselyn Alan, 25, membuat laporan polis selepas anak keduanya itu tidak pulang ke rumah selepas diminta membeli mi segera di sebuah kedai runcit di flat berkenaan.

Sumber : MyMetro

No comments: